Jumaat, 27 Februari 2009

Khasiat Buah Belimbing


Buah Belimbing (ada orang panggil Belimbing Besi)- Starfruit, enak dimakan segar atau dibuat jus.

Lebih segar bila dimakan waktu musim panas.

Belimbing yang mudah hidup dan subur di bumi Malaysia ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat perubatannya.

Di antara khasiat perubatan buah belimbing ialah;

. Menghentikan pendarahan pada luka ringan.

Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian
yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.

. Mencuci nanah pada bisul.

Buat seperti cara di atas dan tampalkan pada bisul.

. Membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak.

Caranya; ambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan mati dan keluar.


Rujukan: Terapi Alam; Utusan Malaysia.

Jumaat, 20 Februari 2009

Buah Tomato dan Buah Ciku Muda: Redakan Buasir

Rahsia buah tomato dan buah ciku muda- Rawat buasir cara tradisi.

Anda mengalami masalah buasir?

Keadaan ini dapat di atasi dengan cara mengamalkan petua berikut;



7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi.

Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.




Selain itu, ambil buah tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit.

Angkat tomoto dan biarkan sejuk.

Setelah itu sapukan pada bahagian buasir.

Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

Selamat mencuba.

Nenas: Penawar Kencing Tidak Lawas


Nenas adalah buah-buahan tropika yang mudah didapati di negara kita.

Buah nenas selain boleh dimakan segar, boleh dibuat jem,jus dan sirap dalam tin sebagai makanan pencuci mulut.

Sebenarnya nenas juga ada nilai perubatannya.

Jika anda mengalami masalah tidak lawas kencing atau ada batu karang, anda boleh amalkan minum air nenas setiap hari.



Caranya:

Ambil sebiji nenas yang kurang masak, buangkan kulitnya.

Bersihkan dan ambil dua potong nenas tersebut.

Kemudian kisar bersama dua gelas air.

Tapiskannya untuk memperolehi air / jusnya.

Minumlah dua kali sehari.

Insya-Allah anda akan dapati penyakit anda akan berkurangan dan baik.

Khamis, 19 Februari 2009

Misai Kucing: Membantu Mengatasi Masalah Kesihatan


Misai Kucing

Misai kucing mengandungi banyak khasiat yang berfaedah untuk kesihatan manusia.

Boleh juga dibuat sebagai minuman kesihatan bagi membantu dalam mencegah penyakit.




Misai kucing telah digunakan sejak turun-temurun sebagai ubat untuk penyakit berkaitan kapilari dan peredaran darah, batu karang, darah tinggi dan kencing manis.

Herba misai kucing juga digunakan untuk membantu mengatasi masalah buah pinggang, jangkitan usus, masalah hati, pundi kencing dan gout.

Rabu, 18 Februari 2009

Daun Kepala: Putihkan Gigi




Gigi kuning, tidak berseri?

Gigi berkarat akibat kesan rokok dan sebagainya sudah pasti menjejaskan penampilan anda.

Jangan bimbang, ada beberapa petua lama yang mudah untuk memutih dan mengilatkan gigi.




Cuba petua ini, mungkin selepas ini gigi anda menjadi putih berseri.

Antaranya, dengan membakar beberapa helai daun kelapa kering.

- Ambil abunya dan gosokkan pada gigi setiap pagi.

- Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Selasa, 17 Februari 2009

Daun Betik: Legakan Bisul


Bisul selalu jadi masalah?

Usah risau, cuba petua ini untuk melegakannya.

Daun betik guna untuk melegakan bisul.

Biasanya daun betik dijadikan ulam bersama sambal belacan.

Walaupun agak pahit tetapi ia membuka selera.

Namun, pasti ramai yang tidak tahu bahawa daun betik yang titumbuk lumat boleh bertindak melegakan penyakit jika disapu pada ulser,bengkak,bisul,sakit sendi dan luka bernanah.

Air rebusan daun betik juga boleh diminum untuk melegakan asma,malaria,darah tinggi dan membunuh cacing dalam usus.

Apa tunggu lagi cubala....

Isnin, 16 Februari 2009

Bunga Delima: Legakan Kesan Terbakar

Buah delima



Bunga delima



Anda ada kesan terbakar atau kesan luka?


Cuba petua ini mana tau ada jodoh dan boleh hilang.


Buah delima memang diketahui mempunyai banyak khasiat.


Begitu juga dengan bunganya, boleh digunakan sebagai pemakin untuk melegakan kesan terbakar pada kulit.


Caranya:


- Tumbuk halus bunga delima dan campurkan minyak bijan untuk dijadikan ubat pupuk pada tempat terbakar.

Sabtu, 14 Februari 2009

Durian Belanda: Merangsang Air Susu Ibu






Merangsang Air Susu Ibu

Ibu baru bersalin yang menghadapi masalah susu kering mungkin boleh mencuba petua ini.

Ambil beberapa helai daun durian belanda, rebus dan minum airnya.

Air rebusan ini bukan sahaja baik untuk merangsang susu ibu, bahkan merangsang keluar peluh sebagai kaedah rawatan selsema, demam panas dan batuk.

Selamat mencuba.