Jumaat, 27 Februari 2009

Khasiat Buah Belimbing


Buah Belimbing (ada orang panggil Belimbing Besi)- Starfruit, enak dimakan segar atau dibuat jus.

Lebih segar bila dimakan waktu musim panas.

Belimbing yang mudah hidup dan subur di bumi Malaysia ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat perubatannya.

Di antara khasiat perubatan buah belimbing ialah;

. Menghentikan pendarahan pada luka ringan.

Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian
yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.

. Mencuci nanah pada bisul.

Buat seperti cara di atas dan tampalkan pada bisul.

. Membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak.

Caranya; ambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan mati dan keluar.


Rujukan: Terapi Alam; Utusan Malaysia.

Jumaat, 20 Februari 2009

Buah Tomato dan Buah Ciku Muda: Redakan Buasir

Rahsia buah tomato dan buah ciku muda- Rawat buasir cara tradisi.

Anda mengalami masalah buasir?

Keadaan ini dapat di atasi dengan cara mengamalkan petua berikut;



7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi.

Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.




Selain itu, ambil buah tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit.

Angkat tomoto dan biarkan sejuk.

Setelah itu sapukan pada bahagian buasir.

Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

Selamat mencuba.

Nenas: Penawar Kencing Tidak Lawas


Nenas adalah buah-buahan tropika yang mudah didapati di negara kita.

Buah nenas selain boleh dimakan segar, boleh dibuat jem,jus dan sirap dalam tin sebagai makanan pencuci mulut.

Sebenarnya nenas juga ada nilai perubatannya.

Jika anda mengalami masalah tidak lawas kencing atau ada batu karang, anda boleh amalkan minum air nenas setiap hari.



Caranya:

Ambil sebiji nenas yang kurang masak, buangkan kulitnya.

Bersihkan dan ambil dua potong nenas tersebut.

Kemudian kisar bersama dua gelas air.

Tapiskannya untuk memperolehi air / jusnya.

Minumlah dua kali sehari.

Insya-Allah anda akan dapati penyakit anda akan berkurangan dan baik.